Tips Travel Menaiki ETS



Memandangkan saya ada pengalaman travel dengan ETS ini agak kerap dalam setahun, maka saya mahu kongsikan sedikit tips travel untuk mereka yang mahu mencuba menggunakan perkhidmatan KTM ETS ini. Berikut adalah perjalanan terbaru saya mengunakan ETS ke Ipoh pada tahun ini iaitu pada bulan Jun 2023. 

Tempah Tiket Awal 


Jika mahu menempah tiket KTM ETS, pastikan tempah awal untuk mengelakkan kehabisan tiket. Maklumlah jadual perjalan train agak terhad. Laluan ke Ipoh sangat cepat habis kerana ada saja orang yang berulang-alik harian ke KL untuk bekerja. 

Anda boleh menempah tiket menerusi tiga cara iaitu, menerusi stesen KTM berdekatan, secara online di apps rasmi KTMB atau melalui agent yang sah. Tempahan awal maksudnya disini, paling kurang tidak sebulan lebih awal. 



Tukar Tarikh Perjalanan Tiket ETS

Berkemungkinan perancangan kita tidak berjalan dengan baik, ada saja beberapa halangan emergency yang tidak dapat kita elakkan. Jangan bersedih anda masih boleh menukar tiket dengan beberapa syarat tertentu. Sebaik-baik cara untuk tukar tiket anda ialah seminggu sebelum tarikh tiket asal, malah kalau bernasib baik anda boleh tukar tiket anda 24jam sebelum waktu berlepas. Masalah ini boleh diselesaikan melalui aplikasi ktmb atau ke kaunter stesen ktmb. 

Bag Yang Bersesuaian Untuk Menaiki Train

Saya syorkan anda bawa beg roda bersize sederhana (cabin size) atau beg galas untuk kelengkapan pakaian. Dalam setiap koc tren ETS ada tempat letak bag bertingkat, tapi terhad (ini yang saya maksudkan kesesuaian bag roda bersize carbin (20"). Akan tetapi ada juga pada sesetengah koc yang menyediakan tempat letak bag untuk size lebih 20" bag. 


Ini bag galas saya, size 32 liters. Sesuai untuk seorang yang mengembara dalam tempoh 3-4hari. Mudah dikendalikan dalam pelbagai keadaan. 


Ini pula contoh ruangan bag bagasi yang bersize lebih 20" disediakan. Selesakan, tidak menggangu laluan pergerakan ke koc lain. 

Makanan Dalam Train

Dalam Train ETS ada disediakan kantin yang dijaga oleh staff KTM. Boleh beli makanan di situ, antara yang dijual adalah Bihun Goreng, Nasi Ayam Kicap. Nasi Daging dan yang paling sedap sampai hari ini saya teringat adalah Beef Lasagna KTMB memang power! Menu yang saya sebutkan ini bergantung pada jadual makanan juga ya. ianya tidaklah sama pada setiap perjalanan. Minuman panas juga disediakan seperti Milo, Kopi dan Teh. Paling syok Teh Tarik wooooo... Harganya masuk akal sekitar Rm5 sahaja per cup. Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. 
((note: kesemuanya air panas ya, tiada air sejuk))


inilah lasagna yang saya perkatakan tu. phewsssssss sedap oi!


Pakaian Yang Sesuai

Dalam train ETS memang sejuk. lagi-lagi kalau perjalanan waktu malam. Jadi, saya syorkan anda membawa baju sejuk jika travel menggunakan khidmat ETS terutama pada kanak-kanak dan juga orang dewasa yang tidak tahan sejuk. Kawan saya tidak tahan sejuk dan dia kerap berulang alik dari satu koc ke satu koc yang lain untuk menghangatkan badan. 

Tiada Koc Tempat Tidur

Jika keretapi biasa seperti Ekspres Rakyat, Senandung Langkawi ada KOC tempat tidur. Saya pernah menggunakan perkidmatan ini ketika menuntut di UUM dahulu. Selesalah sebab ada katil dan bantal kan, perjalanan yang begitu lama dan panjang hilang seketika kerna dapat tidur yang selesa. Amat berbeza dengan perkhidmatan ETS, perjalanan lebih cepat, keadaan koc yang baru dan luas, tentunya  berbeza jauh dengan ekspres rakyat.


keadaan dalam coach ETS


ini pula cafe atau kantin dalam koc ETS

Penggunaan Tandas Dalam ETS

Tandas dalam ETS agak moden. Malah ianya bersih! Kalau nak buang air besar dan air kecil. Tak akan jadi masalah. Ada paip air, tisu dan sinki disediakan. dalam tandas tu agak luas serta disediakan juga toilet untuk oku. Cara untuk buka pintu tandas mestilah tekan butang yang ada pada pintu tandas. Jangan pula anda tolak atau tekan pintu, memang sampai ke sudah tidak akan terbuka. 


Ada Plug Bawah Tempat Duduk

Ramai yang tidak tahu bahawa tempat duduk ada tiga plug pin yang boleh digunakan untuk cas bateri telefon, bateri laptop dan sebagainya. Kemudahan ini sangat penting dizaman kesemua penumpang menggunakan talifon pintar. 


Jaga Kebersihan

Jagalah kebersihan dalam koc dan tempat duduk anda. Kena ingat, anda bukan tempah satu koc train ETS, maka hormatilah penumpang yang lain. Kalau anda bawa makanan sendiri dan ada sisa, sila buang sisa tersebut di tong sampah yang disediakan di setiap koc. 

Bukan apa, kadang kala ada bau sisa makanan yang tidak berapa disukai penumpang lain. Contohnya bau sambal petai atau bau makanan yang berbau kuat. 

Jangan Tinggal Solat 

Sebagai seorang muslim, anda tidak terlepas untuk tunaikan tanggungjawab menunaikan solat 5 waktu. Jangan risau didalam train ETS ada ruang solat yang selesa. Boleh memuatkan tiga orang dewasa. Ruangan untuk ambil wuduk juga disediakan ditempat solat. 

Begitulah serba sedikit sebanyak perkongsian, tips travel menaiki ets yang anda boleh aplikasikan sekiranya ada niat menaiki ets ke utara. Perkhidmatan ETS ini semakin hari semakin popular dan ia mula menjadi antara pilihan pengangkutan travel yang selesa dan menjimatkan tenaga. 

Selamat ber-travel menggunakan khidmat KTM ETS ya. Semoga anda enjoi dan bermanfaat dengan tips travel ini.

Best Moment in ETS Train




kita dapat maksima kan masa yang terbaik bersama kawan atau family. Best talk sesion eva!



Yeah! sampai Ipoh dah time to explore Ipoh










 





These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Pengedar Shaklee Johor berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara Percuma? Email: norainiabdullah87@gmail.com Call/WhatsApp: 016 984 9383.

Comments

Popular posts from this blog

Doa yang bagus diamalkan oleh umat islam.

Pengedar Shaklee Desaru Johor

Suplemen Coenzyme Q10 Meningkatkan Tenaga