Waspada Cuaca Panas Ekstrem Boleh Terkena Heat Stroke

Sejak awal Mac 2023, bumi Malaysia serta beberapa negara kejiranan sekitarnya mula mengalami musim cuaca panas kering luarbiasa yang disebut sebagai fenomena El Nino.


Kemuncak panas yang ketara mula dirasai pada bulan April 2023 dengan suhu yang meningkat sehingga mencecah 37 darjah Celcius di beberapa negeri. Selain El Nino, ia juga dikaitkan terjadi selepas berlakunya fenomena gerhana matahari.

Strok Haba didefinisikan sebagai apabila tubuh tidak mampu untuk melakukan mekanisma penyejukan ke paras normal dan suhu tubuh individu mulai meningkat secara mendadak ke tahap bahaya (melebihi 40 darjah Celcius) akibat pendedahan langsung terhadap kesan gelombang haba daripada sinaran terik matahari.

Bahaya kesan strok haba kepada individu boleh membawa pelbagai komplikasi tertentu. Ia bergantung kepada berapa lama individu terdedah secara langsung kepada persekitaran suhu tinggi dan keupayaan sistem tubuh untuk bertindakbalas memberi kerintangan kepada situasi ini.

Bagi individu yang tidak biasa terdedah kepada cuaca panas matahari, risiko untuk mengalami masalah strok haba adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang biasa berada (bekerja atau beraktiviti) di lapangan terbuka.

Kebiasaannya individu akan menunjukkan gejala permulaan tertentu sebelum berisiko mendapat komplikasi paling serius. Anda juga boleh baca info penuh mengenai tanda dan gejala renjatan haba (heat stroke)

Komplikasi paling serius berkaitan strok haba adalah:

  • Kerosakan organ dalaman – Tanpa tindakbalas pantas untuk menurunkan suhu tubuh yang tinggi, strok haba boleh menyebabkan otak atau organ dalaman lain membengkak dan mengalami kerosakan kekal.

  • Kematian – Tanpa rawatan segera dan memadai, individu yang mengalami strok haba terpaksa berhadapan dengan risiko maut.

Pautan Kes Heat Stroke di Malaysia :






Bagaimana Jika Ada Mangsa Terkena Strok Haba?

Apabila seseorang individu menunjukkan gejala terkena strok haba, apa yang kita boleh lakukan ialah:

  1. Baringkan mangsa di kawasan lebih sejuk – bawa ke tempat yang berangin, sejuk atau teduh dari sinar matahari
  2. Longgarkan pakaian atau buka pakaian tidak berkaitan – Beri ruang supaya kulit lebih terdedah untuk mengelak haba terperangkap dalam badan
  3. Sejukkan badan mangsa – lap muka, leher dan badan dengan tuala basah, renjiskan air dan sebagainya yang difikirkan bersesuaian.
  4. Kipaskan badan mangsa – Bantuan kipas manual atau kipas angin berupaya membantu untuk menurunkan suhu badan dengan lebih cepat
  5. Berikan air – Jika mangsa sedar, berikan air minuman, jus, minuman hidrasi atau minuman isotonik
  6. Tunggu sehingga mangsa sedar – Kebiasaannya mangsa akan pulih selepas 30 minit. Jika tidak, hubungi paramedik dengan segera dan tunggu sehingga ambulan sampai untuk membawa mangsa ke pusat kesihatan untuk rawatan lanjut.

Siapa yang Berpotensi Mengalami Strok Haba

Siapa sahaja boleh diserang strok haba ketika menghadapi gelombang haba atau cuasa panas melampau ketika ini. Bagaimanapun, golongan ini lebih berisiko tinggi untuk terkena bahaya strok haba, iaitu:

  • Warga tua
  • Kanak-kanak kecil dan bayi
  • Individu yang memiliki masalah kesihatan jangka-panjang atau kronik seperti diabetes, masalah jantung, masalah pernafasan dan sebagainya.
  • Individu yang sedang sakit atau mudah mengalami dehidrasi
  • Individu yang terdedah kepada persekitaran terbuka dengan jangka masa yang lama seperti pekerja binaan, tentera, atlet trek dan sebagainya.
Semoga kita sentiasa sihat dan dilindungi dari bahaya renjatan haba (heat stroke). 

Langkah pencegahan untuk elak badan kurang air, kita boleh mencuba dapatkan air elektrolit yang baik dan tak rosakkan badan terutama tinggi gula. Boleh click pautan ini air elektrolit terbaik di musim panas






These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Pengedar Shaklee Johor berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara Percuma? Email: norainiabdullah87@gmail.com Call/WhatsApp: 016 984 9383.

Comments

Popular posts from this blog

Doa yang bagus diamalkan oleh umat islam.

Pengedar Shaklee Desaru Johor

Suplemen Coenzyme Q10 Meningkatkan Tenaga