Amalan Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan manusia. Manusia yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. Gaya hidup sihat dimaksudkan sebagai suata keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. Hal ini, ditegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat ditunjangioleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat, cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan manusia.

Terdapat pelbagai cara atau kaedah untuk dipraktikkan dalam alaman gaya hidup sihat antaranya adalah menjaga pemakanan seharian, melakukan senaman atau riadah, jauhkan diri daripada tekanan diri, menjaga kebersihan rumah dan persekitaran daripada terjebak melakukan perkara yang menjejaskan kesihatan dan membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.

1. Menjaga Pemakanan Seharian

Antara makanan yang paling utaman atau perlu diambil berdasarkan piramid makanan adalah makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti : 
  • Nasi
  • Bijirin
Hal ini diperlukan kerana karbohidrat membekalkan tenaga untuk membolehkan tubuh badan kita dapat menjalankan pelbagai urusan kehidupan seharian. Seterusnya, pengambilan makanan yang digalakkan berdasarkan piramid makanan adalah seperti :
  • Sayur-sayuran
  • Buah-buahan
Mengambil makanan tersebut dengan secukupnya penting untuk membekalkan vitamin serta serat kepada badan manusia. Di samping itu, berdasarkan piramid makanan juga, ia menganjurkan pengurangan makanan yang mengandungi lemak, minyak, garam dan gula. Ini kerana ia dapat mengelakkan pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, diabetis, darah tinggi dan sebagainya.


2. Senaman Atau Riadah

Cara mengamalkan gaya hidup yang sihat yang lain juga adalah dengan melakukan aktiviti senaman dan riadah yang penting untuk tubuh badan kita. Dengan mengamalkan pengambilan makanan seimbang serta amalan bersenam dan beriadah secara konsisten ini, sekaligus dapat membakar kalori dalam badan dan juga mengurangkan masalah peningkatan berat badan. Aktiviti senaman dan riadah boleh dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Anggaran tempoh bagi setiap sesi senaman dan riadah tersebut adalah memadai untuk dilakukan dalam masa 20 hingga 30 minit.

3. Tangani Stress

Tekanan diri adalah gejala negatif yang semakin menular dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Ianya melibatkan tekanan yang sukar dikawal sama ada di tempat kerja atau tempat belajar selain daripada masalah rumah tangga. Seseorang yang mengalami tekanan diri ini perlulah bijak mencari formula untuk menguruskannya supaya fikiran tidak kusut sehingga mengganggu kehidupan harian kita serta akhirnya boleh menjejaskan kesihatan diri.

Antara langkah yang dapat dilakukan untuk menangani tekanan diri ialah seperti :
  • Meminta pendapat atau pandangan orang yang lebih pakar ataupun kaunselor.
  • Berkongsi masalah dengan rakan atau keluarga
  • Mendekatkan diri kepada tuhan serta aktiviti keagamaan untuk terus memotivasikan diri.


Tekanan diri yang dapat diuruskan dengan baik membolehkan diri kita supaya hidup lebih bahagia dan sihat. Gaya hidup yang sihat memerlukan kita supaya terus aktif dan keluar dari rasa kemurangan disebabkan tekanan diri mahupun kehidupan yang tidak teratur. 

4. Menghindari Diri Daripada Aktiviti Yang Boleh Menjejaskan Kesihatan

Selain itu, kita juga hendaklah mengelakkan aktiviti-aktiviti yang negatif yang memberi impak tidak baik terhadap tubuh badan kita. Hal ini demikian kerana aktiviti sedemikian boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan kita dalam jangka masa panjang. Contoh aktiviti negatif tersebut adalah seperti : 
  • Penagihan Dadah
  • Ketagihan Arak
  • Seks Rambang
  • Menghisap Rokok 
Tabiat seperti menghisap rokok ini boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit jantung dan paru-paru. Dengan menghindari merokok juga, anda juga dapat menggunakan wang tersebut untuk menabung dan bercuti atau melakukan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memberi keseronokkan. Tambahan pula, dengan meminum arak akan mendatangkan implikasi teruk kepada mental serta fizikal kepada mereka yang mengambilnya. Selain itu, dengan terjebaknya seseorang itu kepada penagihan dadah juga boleh menyebabkan punca berlakunya gejala sosial dalam masyarakat. 


Sebagai peringatan, sesiapa yang terjebak dalam aktiviti negatif ini bukan sahaja akan menerima kemudaratan kepada diri sendiri, bahkan juga dipandang serong malahan bakal disisihkan oleh masyarakat. Oleh itu, marilah kita semua meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan dadah mahupun rokok serta arak. Mengawal dan mencegah daripada berlakunya kegiatan buruk ini bukan sahaja untuk menjamin kesihatan individu semata-mata malahan memberi kebaikan kepada masyarakat.

5. Pemeriksaan Kesihatan 

Kebanyakan orang dalam kalangan masyarakat biasanya akan berjumpa dengan doktor hanya bila sudah sakit sahaja. Tetapi mereka lupa bahawa gaya hidup yang sihat itu memerlukan seseorang membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta dengan kekerapan masa sebanyak dua kali setahun. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik. 

Secara kesimpulannya, terdapat banyak amalan yang perlu kita lakukan antaranya seperti perkara yang dinyatakan di atas untuk membolehkan kita supaya terus hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat ini harus dipupuk serta disedari oleh kita sejak daripada kecil lagi. Ibu bapa serta anggota keluarga lain juga memainkan peranan dalam mendidik kita mengamalkan gaya kehidupan ini. Akhir sekali, peribahasa Melayu ada menyebut “mencegah itu lebih baik dari mengubati” maka marilah kita sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat sebelum terlambat. 




These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Pengedar Shaklee Johor berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara Percuma? Email: norainiabdullah87@gmail.com Call/WhatsApp: 016 984 9383.

Comments

Popular posts from this blog

Doa yang bagus diamalkan oleh umat islam.

Pengedar Shaklee Desaru Johor

Suplemen Coenzyme Q10 Meningkatkan Tenaga