Insulin Turun dengan Intermittent Fasting.

Sebelum kita ke topic yang saya janjikan semalam mengenai insulin atau paras gula menurun saya berkongsi sedikit bagaimana cara perlaksanaan intermitten fasting. Untuk melaksanakan intermittent fasting, saya boleh rumuskan konsep asasnya kepada dua iaitu pertama tempoh puasa sekurang-kurangnya 12 jam atau lebih. Kedua tidak mengambil makanan atau minuman yang meningkatkan gula semasa berpuasa.

 


Pernah terfikir kenapa harus lebih 12 jam? Hal ini adalah kerana dalam tempoh masa tersebut barulah badan akan menghabiskan simpanan tenaga di hati dan memulakan proses ketosis. Ini bermakna badan berubah daripada menggunakan gula sebagai tenaga kepada penggunaan lemak.

Oh ya untuk pengetahuan semua mesti akan rasa pelik kan kenapa dibenarkan minum Teh kosong atau kopi kosong je sepanjang puasa selain air putih. Makanan atau minuman yang tinggi gula akan menyebabkan hormon insulin naik mendadak. Inilah yang saya nak ceritakan itu kenapa insulin boleh turun jika kita amalkan intermitten fasting. Hormon insulin merupakan hormon yang menyimpan lebihan gula dalam bentuk lemak. Proses ketosis juga dapat dihalang.



insulin, and how the body control storage and burning of glocuse and fat. 


Jeng jeng jeng! Apa pulak ketosis tu ya? Ketosis ini adalah proses metabolism badan yang menggunakan lemak sebagai tenaga. Ini bermakna, apabila kita berpuasa dan elakkan makanan yang bergula. Insulin kekal rendah dan badan akan menyimpan gula bagi kegunaan sel-sel tertentu sahaja.

Manakala majoriti sel dalam badan akan menghasilkan tenaga menggunakan lemak yang dihasilkan daripada simpanan lemak dalam badan sebagai sumber alternatif. Proses inilah yang dipanggil ketosis.

 


 

Alang-alang dah tahu bagaimana intermitten fasting ini menurunkan paras gula. Saya nak kongsikan beberapa kebaikkan IF ini dalam mengelakkan penyakit. 

   - Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer

               -  Mengurangkan tekanan darah dan mengawal penyakit darah tinggi

3.          -  Mengurangkan risiko penyakit jantung dengan mengurangkan jumlah kolestrol

4.           - Meningkatkan sensitivity insulin badan dan mengelakkan diabetis


Selain itu,sel dalam badan juga dapat dioptimumkan seperti :

1.      -  Mengelakkan proses permusnahan sel

2.      -  Meningkatkan focus dan tenaga

3.      -   Meningkatkan fungsi kognitif

4.      -  Meransang proses pembaikian sel (autophagy) genetic dan DNA.

       Love as always,

       pija abdullah
       your trusted SID
       928411 
       




Comments

Popular posts from this blog

Doa yang bagus diamalkan oleh umat islam.

Pengedar Shaklee Desaru Johor

Suplemen Coenzyme Q10 Meningkatkan Tenaga