Pengalaman bercuti di Pulau Redang.

 Seumur hidup saya inilah pertama kalinya saya jatuh cinta pandang pertama dengan Pulau Redang, tempat ini sangat magical! Hebatnya kekuasaan Allah mencipta pulau ini dengan penuh terperinci. Setiap sosok pulau ini tiada cacat celanya. Ciptaan semulajadi yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Bersyukurnya saya tempat ini berada di pantai timur semenanjung Malaysia sahaja. Tidak perlulah saya menyediakan kos terlalu tinggi untuk kerap ke sana seperti persediaan ke luar negara. Terima kaseh Allah kerna kurniakan nikmat ini kepada kami rakyat Malaysia khususnya.



                                  pemandangan dari ruang makan resort.


Perjalanan Mengambil Masa Lebih Kurang Satu Jam.

Masa di Pulau Redang, kami bertiga memilih sebuah resort yang sederhana tetapi facilities asas complete dan selesa untuk dijadikan sebagai staycation merehatkan minda dan badan sepanjang 3hari 2malam di sana.

Kami bertolak dari Kuala Lumpur menaiki flight Airasia ke Kuala Terengganu. Ambil flight tengah hari which is selepas zuhor kami touchdown ke Airport Terengganu lebih kurang jam 2petang. Sampai di Airport, kami ambil teksi untuk ke hotel yang kami tempah untuk tidur semalaman sebelum esoknya, awal pagi kami kena gerak ke jeti Marang. Shuttle ke Jeti dan boat transfer semua all in dalam pakej. Berbaloi jimat.


pemandangan dari tingkap flight, Subhanallah awan putih sangat cantik masa ini dengan kehadiran matahari perfect element. 


Hello Kuala Terengganu from above.

                                 my favorite travel trio partner, sempat selfie before keluar flight.

Tunggu hanya 20 minit sahaja di Jeti Merang Waterfront.

Tiba sahaja dijeti kelihatan ada beberapa orang sedang beratur untuk membeli tiket boat transfer. Mujurlah juga pakej yang kami ambil ini sekali juga dengan tiket boat jadi tidak perlulah beratur, hanya jumpa agent sahaja di jeti. Encik Mazlan yang uruskan semuanya. Legaaa…


 berjumpa Encik Mazlan untuk urusan boat transfer.

 
boat kami sudah sampai.

Perjalanan Mengambil Masa lebih kurang 30 ke 40 minit ke Pulau Redang.

Bagi korang yang tertanya, perjalanan boat dari jeti Merang ke Pulau Redang mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja, tetapi jika arus ombak kuat dan bumping ride akan mengambil masa lebih kurang 40 ke 45 minit juga atas faktor keselamatan. Seronok naik boat ini masa jimat dan open space tu nikmat dengan pemandangan laut yang luas. Layan beb tiupan angin laut tu. Nikmat betul!


boat dah ready nak keluar ke laut yang luas dan mempersonakan.


                 yayyy! kami dah dalam perjalanan ke resort yang terletak di Pasir Panjang.


Berbaloi gila menginap di Redang Reef Resort.

Kami bertiga menginap di Redang Reef Resort selama 3hari 2malam. Sebenarnya ini bukanlah pertama kali saya menginap di sini, kerana beberapa tahun sebelum pun saya pernah menginap disini. Tapi atas dasar cinta saya kepada resort dan pulau redang ini menyebabkan saya mengambil keputusan sekali lagi untuk menginap disini.


                      Dah sampai pulau pun ada shuttle dari jeti ke resort tau. puas hati betul.


Antara sebab saya suka menginap disini adalah kerana harga pakejnya murah dan include food, provided four time per day, land transfer, boat transfer dan sudah tentu bilik lengkap dengan hawa dingin dan water heater. Pemandangan superb! Beach view atau garden view. Bayangkan semua ini saya dapat hanya Rm350 sahaja seorang! Murahkan…Oh ya harga tersebut pun termasuk untuk aktiviti snorkeling ya. Tak perlu pening-pening nak sediakan duit untuk aktiviti laut dah. Pack baju dan terus gerak. Ada rezeki saya doakan semua sampai ke Pulau Redang.



laluan dari bilik ke kafe. perfect views! ada laut ada gunung ada langit. Bravooo!


                        setiap sesi pemandangan kami di resort ini adalah laut. puas hati wooo...


always my favorite views. MashaAllah sempurnanya.


low tide pun lawa. air kat redang ini jernih betul. 

                         
     nampak tak air laut ini punya jernih kebiruaan sampai boleh tengok jelas kalau ada ikan yang lalu. 


lepas penat snorkeling naik boat dapat view macam ini. alahai sukanya!


another boat from our resort. 


gedebushhhhh apalagi terjun tiriukkk la...


amboi kemain happy sampai double thumb up kawan saya sorang itu.


lepas balik dari snorkeling kami sambung mandi di belah belakang resort sini kawasan berbatu yang cantik untuk dipanjat dan semestinya pemandangan sekali lagi menang! sebab itulah saya suka stay sini selain public beach sini ada private area for resort guest.


lapar teruk weh lepas main laut, mujurlah resort ini sediakan makanan yang sedap dan berbaloi. sehari 4 kali kot makan. memang enjoi tak fikir kos untuk beli food dah sedap pulak tu semua menunya.


inilah kawasan private area yang saya cakap itu. bila stay sini bole la mandi kat sini tanpa crowd di belah public beach. amazing kan views.


golden hour.


                                                 nice views dari public beach ke resort kami.


.

good morning from redang.


  tiba-tiba teringin maggie, jalan ke kopitiam redang beach. maggie dengan view paling mahal. 


hidup harus diteruskan dan setiap yang datang pasti akan pulang kembali ke sarang. Terima kaseh redang dan terima kaseh juga kat trio partner ini kerana menjayakan trip ini.


see you again!


   Abang boatman baik hati. berhentikan kami di sand bank untuk amik gambar dengan sunrise! 

                                                           Rezeki kami hebat. Alhamdulliah.

sampai jumpa lagi korang dengan next entry ya. Sampai jumpa lagi!

Love as always,
pija abdullah
your trusted SID
928411






 


Comments

Popular posts from this blog

Doa yang bagus diamalkan oleh umat islam.

Pengedar Shaklee Desaru Johor

Suplemen Coenzyme Q10 Meningkatkan Tenaga